Lumrahnya sebagai seorang guru bukan hanya terbatas pada mengajar membaca, menulis dan mengira sahaja, tetapi merangkumi pelbagai aspek. Ustaz Mahari (Baju Merah) |
Selain murid Ibu Bapa Juga memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itulah menyedari kepentingan peranan ibubapa ini, unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan sesi motivasi khas untuk ibubapa di Sk Rampayan. Lebih kurang lebih kurang 82 orang ibubapa murid tahun 6 hadir dalam sesi motivasi tersebut. inilah di antara ibubapa yang berkeinginan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam UPSR Ibubapa mendengar dengan penuh kesungguhan taklimat yang di sampaikan. |
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di telapak tangan, Sungguh jauh beribu batu, Hilang dimata di hati jangan. Begitulah ingatan rombongan SK Rampayan terhadap tempat-tempat lawatan iaitu di Lembaga Penindustarian Kayu Malaysia, SIRIM sabah, Lembaga Koko Malaysia yang bertempat di jalan Spanggar Menggatal. |
Tanda Tangan Rekod Profil Murid Seawal jam 7 pagi. Ibu bapa Kg Rampayan telah datang mengunjungi Sk Rampayan untuk menandatangani Rekod Profil murid bermula pada jam 8 pagi hingga 11.30 pagi. Lebih kurang 80 % ibu bapa datang menandatangani dan berbincang dengan guru-guru yang berkenaan mengenai prestasi anak masing-masing.
...
Read more »
|
Inilah yang diketakan "guru umpama lilin"........ Dulu, murid hormat dan takut pada guru.... Kini, guru takut pada murid. Dulu guru chalk & talk...... Kini, Guru kena slow talk. Dulu, guru boleh claim..... Kini tidak boleh complain. Dulu, Hari guru dapat kad hari guru....... Kini, Guru dapat penyapu...... kena gotong royong. Guru-guru Sk Rampayan telah melaksanakan gotong royong sempena Hari guru pada hari itu. Guru-guru bekerja membersihkan kawasan masing-masing iaitu Bilik Gerakan , Bilik Guru, Bilik Sains, Bilik PPSMI, Bilik Pemulihan, Bilik Pusat Sumber dan Bilik Data.
...
Read more »
|
|
PIBG SK Rampayan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pada 9 Mei 2010(Ahad). Di antaranya agenda mesyuarat kali ini ialah pembubaran AJK pada bagi sesi 2008-2010. Seterusnya perlantikan AJK baru bagi sesi 2010-2012.
Dari kiri YB Datuk HJ Jenab, En Matlan (YDP PIBG) dan En Rosdy (GB Sk Rampayan) YB Datuk HJ Jenab DSP Ahmad Ayed |
Siapa salah, siapa benar, itu bukan persoalannya kerana setiap masalah yang berlaku pasti ada kesan yang mendalam sehingga mencetuskan perasaan tidak terkawal lebih-lebih lagi apabila proses komunkasi sesama insan kurang mengambil kira unsur-unsur tolak ansur dan kesefahaman. Itulah yang terjadi pada minggu lepas apabila tercetusnya pergaduhan diantara pekerja-pekerja pembinaan dengan seorang penduduk kampung di sini.Walaubagaimanapun perselisihan fah ... Read more » |
Ujian setara bagi semua subjek teras bermula hari ini. Ujian ini untuk menguji kebolehan murid-murid menjawap soalan UPSR yang selaras dengannya Sekolah-sekolah lain di Bahagian PBS kota kinabalu. Ia adalah memberi pendedahan kepada murid-murid soalan UPSR.Malahan Ujian ini guru-guru mendapat gambaran awal pencapaian awal pencapaian murid tahun VI sebelum peperiksaan sebenar.
|
Setiap yang berlaku ada iktibar disebaliknya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Janganlah dipanjang-panjuangkan atau ditokok tambah...kalau boleh masalah dalaman, selasaikanlah diperingkat kita-kita aja (astro ceria). Ibarat menerik rambut dalam tepung. Gaya profesion perguruan ni..banyak-banyakkan lah bersabar, mengikut semanggat kemanusiaan. Sesungguhnya tidak ada orang di dunia yang meminta menjadi miskin melarat, susah papa kedana!!!!!!!!. Bantu sesama manusia. semua agama menyeru kita ke arah kebaikkan. Sekian, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari diri sendiri... |