SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU - Home page
Saturday, 2016-10-01, 11:07 AM
Welcome Guest | RSS

SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH SK RAMPAYAN MENGGATAL
Dapatkan informasi lengkap berkenaan sekolah seperti berita,pengumuman terkini,foto galeri , aktiviti, maklumat guru dan KTBM, pencapaian akademik, ko-kurikulum, ruangan berbincang dan banyak lagi infomasi disediakan berkenaan sekolah. Jadikan laman web ini sebagai info yang berguna untuk anda.
|Laman Utama | Sejarah | Profil | Kurikulum | Ko-Kurikulum | HEM | Kakitangan | Forum|


Saya cadangkan anda menggunakan Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik
 
SELAMAT DATANG KE PORTAL SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU >

Site menu


Radio Desa FM.org



Link Rampayan


FaceBook Sk Rampayan

Jom Join Ramai-Ramai
Facebook Sk Rampayan Menggatal
FaceBook Kelab Staf Sk Rampayan

Pertukaran Pautan

Salin dan tampal code di website anda untuk berkongsi pautan: tQ



Link Pilihan

moeemisikonkpdnehasilNKRAIKONbanner_klikdbpmsc1Jabatan Keselamatan Jalan Raya MalaysiaSistem Aduan DisiplinPerpustakaan Negara Malaysia

PC Anda

IP Anda

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Lumrahnya sebagai seorang guru bukan hanya terbatas pada mengajar membaca, menulis dan mengira sahaja, tetapi merangkumi pelbagai aspek.


Ustaz Mahari (Baju Merah)

Kadang-kadang seorang guru perlu jadi kerani, doktor, juruwang, polis, juruteknik dan bermacam-macam lagi sehingga jadi kontraktor, apa tidaknya melihat keadaan sekolah yang daif, berlumpur dan berair maka inisiatif di buiat oleh seorang yang perihatin untuk menimbus kawasan yang berlopek. Di samping memafaatkan tanah terbuang dalam projek membesarkan jalan kampung (kontraktor yang mendapat tendar) berhampiran sekolah.
Views: 20901 | Added by: ictskrm | Date: 2010-10-07 | Comments (32)

             Selain murid Ibu Bapa Juga memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itulah menyedari kepentingan peranan ibubapa ini, unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan sesi motivasi khas untuk ibubapa di Sk Rampayan. Lebih kurang lebih kurang 82 orang ibubapa murid tahun 6 hadir dalam sesi motivasi tersebut.




inilah di antara ibubapa yang berkeinginan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam UPSR
Ibubapa mendengar dengan penuh kesungguhan taklimat yang di sampaikan.

         Bukan murid sahaja yang perlu di ajar tetapi ibubapa juga perl... Read more »
Views: 3686 | Added by: ictskrm | Date: 2010-08-16 | Comments (1)

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di telapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang dimata di hati jangan.

          Begitulah ingatan rombongan SK Rampayan terhadap tempat-tempat lawatan iaitu di Lembaga Penindustarian Kayu Malaysia, SIRIM sabah, Lembaga Koko Malaysia yang bertempat di jalan Spanggar Menggatal.
          
          Guru-guru yang menyertai rombongan tersebut terdiri daripada En Yahya Hj Mumin (PK Kokum), En Norifed Edah (Penyalaras Kokum), En Wamin Gunting (Penyalaras Lawatan), Pn Dayang Aisah (Ketua  Rombongan),Pn Grace Stimol (Bendahari),Pn Mariati Aswad (pengurus Makanan), Cik Nurfaezah (pengurus murid) dan beberapa guru-guru yang lain. Seramai lebih kurang 8... Read more »
Views: 585 | Added by: ictskrm | Date: 2010-08-16 | Comments (0)

Tanda Tangan Rekod Profil Murid





Seawal jam 7 pagi. Ibu bapa Kg Rampayan telah datang mengunjungi Sk Rampayan untuk menandatangani Rekod Profil murid bermula pada jam 8 pagi hingga 11.30 pagi. Lebih kurang 80 % ibu bapa datang menandatangani dan berbincang dengan guru-guru yang berkenaan mengenai prestasi anak masing-masing.



Views: 545 | Added by: ictskrm | Date: 2010-07-14 | Comments (0)

Inilah yang diketakan "guru umpama lilin"........
    
        Dulu, murid hormat dan takut pada guru....
Kini, guru takut pada murid.

        Dulu guru chalk & talk......
Kini, Guru kena slow talk.

        Dulu, guru boleh claim.....
Kini tidak boleh complain.

        Dulu, Hari guru dapat kad hari guru.......
Kini, Guru dapat penyapu...... kena gotong royong.


Guru-guru Sk Rampayan telah melaksanakan gotong royong sempena Hari guru pada hari itu. Guru-guru bekerja membersihkan kawasan masing-masing iaitu Bilik Gerakan , Bilik Guru, Bilik Sains, Bilik PPSMI, Bilik Pemulihan, Bilik Pusat Sumber dan Bilik Data.

Views: 583 | Added by: ictskrm | Date: 2010-05-18 | Comments (0)


Pihak UMS di bawah falkuti kejururawatan telah berbesar hati mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan di Sk Rampayan. Program Promosi Kesihatan Komuniti Bersama Masyarakat di rasmikan oleh Prof Madya Dr Hj Kassim Hj mansur selaku Naib Canselar UMS.




Ramai ibu bapa dan juga penduduk kampung berasa senang hati kerana dapat menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma walaupun terhad pada pemeriksaan darah dan tekanan darah. Manakala murid-murid pula diberi perkhidmatan pemeriksaan kuku, mata, kutu dan gigi. selain itu juga mereka juga menyediakan pameran dan poster-poster kesihatan.
Views: 476 | Added by: ictskrm | Date: 2010-05-18 | Comments (1)

PIBG SK Rampayan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pada 9 Mei 2010(Ahad). Di antaranya agenda mesyuarat kali ini ialah pembubaran AJK pada bagi sesi 2008-2010. Seterusnya perlantikan AJK baru bagi sesi 2010-2012.


Dari kiri YB Datuk HJ Jenab, En Matlan (YDP PIBG) dan En Rosdy (GB Sk Rampayan)

Pada Sesi kali ini nampaknya jawatan YDP masih terus di terajui oleh En Matlan Merasin dengan undian majoriti 88, Timbalan YDP En Murat Said diikuti oleh beberapa AJK lain diplilih di kalangan ibu bapa iaitu Hjh Masnah, Hj mansur, Pn Habibah Ismail, En Siddi Gusti, Pn Ramrah dan En minggu.

YB Datuk HJ Jenab DSP Ahmad Ayed

YB Datuk HJ Jenab DSP Ahmad Ayed telah merasm... Read more »
Views: 685 | Added by: ictskrm | Date: 2010-05-17 | Comments (0)





Kerja-kerja membaik pulih sistem pengairan Sk Rampayan mendatangkan impak yang besar kepada penduduk Kg Rampayan Laut kerana beberapa hari ini terputus bekalan air. Masalah ini ketiadaan air ini memang amat merisaukan semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang tiada tangki air yang boleh digunakan pada masa kecemasan seperti ini.

Siapa salah, siapa benar, itu bukan persoalannya kerana setiap masalah yang berlaku pasti ada kesan yang mendalam sehingga mencetuskan perasaan tidak terkawal lebih-lebih lagi apabila proses komunkasi sesama insan kurang mengambil kira unsur-unsur tolak ansur dan kesefahaman. Itulah yang terjadi pada minggu lepas apabila tercetusnya pergaduhan diantara pekerja-pekerja pembinaan dengan seorang penduduk kampung di sini.Walaubagaimanapun perselisihan fah... Read more »
Views: 908 | Added by: ictskrm | Date: 2010-04-13 | Comments (0)

        Ujian setara bagi semua subjek teras bermula hari ini. Ujian ini untuk menguji kebolehan murid-murid menjawap soalan UPSR yang selaras dengannya Sekolah-sekolah lain di Bahagian PBS kota kinabalu. Ia adalah memberi pendedahan kepada murid-murid soalan UPSR.Malahan Ujian ini guru-guru mendapat gambaran awal pencapaian awal pencapaian murid tahun VI sebelum peperiksaan sebenar.
Views: 493 | Added by: ictskrm | Date: 2010-04-05 | Comments (0)


Setiap yang berlaku ada iktibar disebaliknya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Janganlah dipanjang-panjuangkan atau ditokok tambah...kalau boleh masalah dalaman, selasaikanlah diperingkat kita-kita aja (astro ceria). Ibarat menerik rambut dalam tepung. Gaya profesion perguruan ni..banyak-banyakkan lah bersabar, mengikut semanggat kemanusiaan. Sesungguhnya tidak ada orang di dunia yang meminta menjadi miskin melarat, susah papa kedana!!!!!!!!. Bantu sesama manusia. semua agama menyeru kita ke arah kebaikkan.

Sekian, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari  Allah s.w.t dan yang buruk itu dari diri sendiri...



Views: 531 | Added by: ictskrm | Date: 2010-03-18 | Comments (0)

1 2 3 »

Siapa Kami

SK RAMPAYAN MENGGATAL,
PETI SURAT 15439,
88863 KOTA KINABALU.
TEL : 088-492123
FAX : 088-493124

Login form


Search


Calendar

«  October 2016  »
SuMoTuWeThFrSa
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031

Waktu Solat Hari Ini

Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu

Iklan


Chat Anda

Tinggalkan pesanan atau pautan anda untuk bertukar berkongsi pautan

Link Berita


Link Tiket Online


Connect Your Friends